Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun, 2018 yang mencecah 3.9960/9990.

Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat itu pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Mereka berkata kemungkinan itu juga didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpuan AS dan akan terus melemahkan dolar AS. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast