KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar berjaya mengekalkan legasi bapanya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Mohd Kurniawan Naim, 32, memperoleh 19,852 undi, menang dengan majoriti besar 14,214.
“Jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan direkodkan sebanyak 55.06 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Beliau mengalahkan pencabarnya, Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau yang mendapat 5,638 undi, manakala seorang calon Bebas, Goldam Hamid memperoleh 946 undi.
PRK Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin, 5 Disember lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Allayarham Bung pertahan kerusi Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi menewaskan calon Warisan, Mazliwati Abdullah Malek. -MalaysiaGazette
















