KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh, mengisytiharkan kemenangan kedua-dua kerusi itu menerusi satu catatan di Facebook.
“Alhamdulilah Kinabatangan dan Lamag kekal BN. Terima kasih semua,” katanya.
Keputusan rasmi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa jam lagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di laman Facebook beliau bahawa BN mendahului di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 9,723 undi dan DUN Lamag 2,093 undi.
Sebelum ini, dilaporkan BN memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 12,777 undi, angka yang hampir mencukupi untuk mengesahkan kemenangan berdasarkan peratusan keluar mengundi.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar; Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala DUN Lamag menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan). -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
[Tidak rasmi] BN mendahului di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag
















