Gambar hiasan

[[KEMASKINI 7.35 PM]]

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, setakat jam 7.15 malam ini.

Menurut hantaran terkini beliau di Facebook, Barisan Nasional mendahului di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 9,723 undi.

Parti itu turut mendahului di DUN Lamag dengan 2,093.

Terdahulu, Dr Asyraf memaklumkan BN mendahului di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dengan masing-masing memiliki majoriti 4777 dan 538 undi.

PRK Parlimen Kinabatangan yang mempunyai 48,526 pengundi menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili BN, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Manakala PRK DUN Lamag yang memiliki 13,703 pengundi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Ismail Ayob dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas memperoleh majoriti 4,330 undi dengan menewaskan pencabarnya Mazliwati daripada Warisan.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas memperoleh majoriti 4,330 undi dengan menewaskan pencabarnya Mazliwati daripada Warisan.

Allahyarham turut melakar kemenangan dalam saingan lima penjuru di DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah, 29 Nov lepas dengan memperoleh majoriti 153 undi -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast