[GAMBAR FAIL] Seorang penerima STR mengambil bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di BSN Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang keluar masuk Singapura sebanyak lapan kali atau lebih setiap bulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara, sekali gus tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menjelaskan, kelayakan STR tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan sahaja termasuk menetap di Malaysia.

“Sehubungan itu, apabila timbul isu kelayakan STR “dibatalkan” untuk warga Malaysia yang kerap keluar masuk Singapura, ia sebenarnya tidak dibatalkan tetapi berstatus “Tidak Lulus” (di bawah Kod Alasan 31), iaitu pemohon atau pasangan menetap, bekerja, atau mengikuti pengajian di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong

Menurut Chin Tong, bagi membezakan antara urusan sementara dan tinggal atau bekerja di luar negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan pendekatan berikut:

  • Satu hingga tujuh kali sebulan: Masih dianggap urusan biasa dan munasabah seperti rawatan perubatan, kecemasan, tugasan jangka pendek atau urusan keluarga.
  • Lapan kali dan ke atas sebulan: Ditafsirkan sebagai tempoh signifikan berada di luar negara.

“Sebagai contoh, memang ada warganegara Malaysia yang perlu kerap keluar dan masuk Singapura kerana beliau bekerja sebagai pemandu bagi syarikat logistik tempatan.

“Bagi warganegara yang terkesan dengan pelaksanaan dasar ini, mereka digalakkan untuk membuat rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2026,” katanya lagi.

Tambahnya, penyaluran STR dikendalikan oleh LHDN bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil, tepat sasaran, dan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 1 mula dibayar hari ini – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast