Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menganggotai Biro Politik PKR sebagai Ahli Secara Jawatan (Ex Officio), kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu pernah menganggotai Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum menyertai PKR pada Ogos tahun lalu.

Menurut Fahmi, selain Tengku Zafrul, turut dilantik ke jawatan tersebut adalah Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari dan Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

PKR turut mengumumkan pelantikan Yamani Hafez Musa, Ruji Uni dan Jamawi Ja’far sebagai Ahli Secara Jawatan Majlis Pimpinan (MPP) parti, katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Fahmi berkata, pelantikan-pelantikan tersebut diputuskan menerusi mesyuarat bulanan MPP, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, mesyuarat turut memutuskan untuk mengadakan Kongres Nasional PKR di Melaka dari 25 hingga 28 Jun depan.

“Maklumat terperinci akan dikeluarkan Ibu Pejabat PKR dalam masa terdekat,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast