Anggota bomba memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini, sejak kelmarin sudah merebak seluas  12.1 hektar ketika ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I Muhamad Sabri Ramli berkata, keadaan tersebut disebabkan cuaca kering dan berangin.

Jelasnya, angin tersebut telah membawa asap tebal ke kawasan perumahan penduduk di Taman Bayu Damai.

Anggota bomba sedang giat memadamkan kebakaran di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Kota Tinggi.

“Seramai 13 anggota BBP Punggai dibantu tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan operasi pemadaman tersebut.

“Sehingga kini keluasan yang berjaya dipadamkan melibatkan lima ekar tanah iaitu 20 peratus daripada kawasan terlibat.

“Unit dron dari Zon 2 juga telah membuat penilaian tahap kemerebakan dan sumber air serta laluan masuk untuk pemadaman.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) telah bertindak membuat pemadaman di sektor B menggunakan 1 aliran hose 500 kaki ,1 breaching 2 pancutan nozel pam jentera dan sumber air dari pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Angin dan cuaca kering menyebabkan kebakaran tanah gambut semakin meluas.

Beliau berkata, tiupan angin dari arah utara kekal dan menyebabkan ada nyalaan baharu di beberapa kawasan dan angin kuat yang menyebabkan asap berada di kawasan perumahan,” katanya.

Katanya, bagi tindakan di sektor A pula, pemadaman tidak dapat dijalankan disebabkan punca air jauh kerana sumber air terbuka parit cetek.

Tambahnya kesemua anggota tertumpu pada sektor B berikutan angin yang agak kuat serta kemerebakan ke sektor B.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast