BRASILIA – Seorang budak lelaki berusia 13 tahun maut pada Khamis selepas diserang seekor jerung di sebuah pantai di pantai timur Brazil.
Serangan itu berlaku di perairan Pantai Chifre, sebuah kawasan tumpuan pelancong di negeri Pernambuco, kata Jawatankuasa Negeri Pemantauan Insiden Jerung (CEMIT).
Mangsa dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan yang dialaminya.
Pihak berkuasa memaklumkan, puluhan pantai di sepanjang pesisir pantai berair biru kehijauan di Pernambuco telah dipasang dengan amaran mengenai jerung, termasuk Pantai Chifre yang mempunyai empat papan tanda amaran kepada pengunjung.
Walaupun begitu, CEMIT berkata, pihaknya akan memperketat pemantauan jerung susulan kematian remaja itu serta mengaktifkan semula program yang sebelum ini digantung bagi menjejaki pergerakan jerung menggunakan mikrocip.
Menurut CEMIT, lebih 80 kes serangan jerung telah direkodkan di Pernambuco sejak 1992, dengan 26 daripadanya mengakibatkan kematian, tidak termasuk kes terbaharu yang berlaku pada Khamis. – Agensi
















