KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Sarawak sehingga 9 malam ini.
Jabatan Meterologi Malaysia (MeTMalaysia) yang mengeluarkan amaran cuaca tersebut juga diramal melanda di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Perak (Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor dan Gombak); Sarawak: Sibu (Selangau) dan Kapit (Kapit) Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), katanya menerusi kenyataan.
MeTMalaysia berkata, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – MalaysiaGazette
















