Pesawat AirBorneo.

KUALA LUMPUR – AirBorneo menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi tambang biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Diskaun tersebut untuk tempahan yang dibuat dari 1 hingga 5 Februari 2026, bagi perjalanan antara 6 hingga 28 Februari 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata, promosi berkenaan bertujuan menyokong para penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan.

“Diskaun ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih mudah diakses sepanjang musim perayaan,” katanya.

Syarikat penerbangan milik Sarawak itu kini menyediakan perkhidmatan ke 21 destinasi, sekali gus mengekalkan hubungan penerbangan ke komuniti pedalaman di Sarawak dan Sabah.

AirBorneo merancang untuk terus mengembangkan perkhidmatannya sambil mengekalkan rangkaian penting perkhidmatan udara luar bandar (RAS).

AirBorneo memulakan operasi komersialnya menerusi penerbangan sulung pada 2 Januari 2026, selepas selesai mengambil alih MASWings pada 1 Januari 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast