Exco Armada Bersatu, Na’im Brundage.

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu Malaysia menuntut penjelasan segera daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau pernah mempunyai sebarang bentuk interaksi dengan Jeffrey Epstein atau mana-mana individu sebagaimana pendedahan dokumen rasmi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang terkandung dalam arkib Epstein Files.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada Bersatu Malaysia, Na’im Brundage berkata, penjelasan juga perlu diberikan berhubung dakwaan potensi kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dilihat memmpunyai peluang gold mine kepada institusi kewangan asing.

“Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib tampil memberikan penjelasan penuh demi melindungi maruah dan integriti institusi kepimpinan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius pendedahan DOJ itu yang didakwa merekodkan perbincangan berkaitan rancangan untuk mengatur satu pertemuan peribadi antara Jeffrey Epstein dengan Anwar pada tahun 2012.

Menurutnya lagi, dokumen DOJ berkod rujukan EFTA00929772 itu merekodkan perbualan antara Epstein, seorang pemangsa seksual terkenal yang telah disabitkan kesalahan di AS, dengan seorang kenalannya yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim.

Ujarnya, individu berkenaan turut didakwa menggambarkan potensi kepimpinan Anwar  sebagai Perdana Menteri sebagai satu peluang ‘lubuk emas’ kepada institusi perbankan berpangkalan di Amerika Syarikat, J.P. Morgan.

Tambah beliau, dakwaan berkenaan menimbulkan persoalan serius yang wajar diperjelaskan secara terbuka bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast