Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 1,507 kes kemalangan di seluruh negara setakat 2 Februari 2026.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 1,507 kes kemalangan di seluruh negara setakat hari ini.

Pengarahnya, Komisioner Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, statistik itu menunjukkan penurunan sebanyak 417 kes berbanding 1,924 kes pada Sabtu.

“Jumlah kemalangan pada 2 Februari menunjukkan penurunan sebanyak 417 kes berbanding 1,924 kes pada 31 Januari,” katanya menerusi hantaran terbaru Facebook JSPT PDRM, hari ini.

Selain itu, Hasbullah berkata, sebanyak 11 kematian direkodkan dari 1,507 kes kemalangan setakat hari ini,

“Bagaimanapun jumlah kematian 2 Februari berbanding 31 Januari masih tiada perubahan di mana kekal 11 mangsa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast