KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman memaklumkan, sistem e-Kehakiman di Semenanjung Malaysia tidak dapat beroperasi buat sementara waktu berikutan isu-isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan memberitahu, segala urusan pemfailan dokumen secara dalam talian tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh gangguan.
“Berikutan itu, urusan pemfailan dokumen secara manual hendaklah dilaksanakan dengan hadir ke kaunter pendaftaran mahkamah yang berkenaan.
“Kaedah pemfailan secara manual ini berkuat kuasa sehingga satu makluman rasmi dikeluarkan setelah sistem kembali pulih,” demikian menurut kenyataan tersebut hari ini.
Menurutnya, segala urusan berkaitan kes sebutan, bicara, sambung bicara dan pengurusan kes perlu dilakukan dengan berhubung terus dengan mahkamah berkenaan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh semua pihak.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai-pegawai yang berikut:
1) Nama: Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin
Jawatan: Pengarah Bahagian e-Kehakiman
No. Telefon/ E-mel: 03-8880 3531/ [email protected]
2) Nama: Muhamad Faizal Ismail
Jawatan: Timbalan Pendaftar Bahagian e-Kehakiman
No. Telefon/ E-mel: 08-8880 3614/ [email protected]
3) Nama: Mohamad Khairi Kareem
Jawatan: Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat
No. Telefon/ E-mel: 08-8880 4208/ [email protected] – MalaysiaGazette
















