Keratan laporan berita berhubung kejadian seorang wanita maut dikelar yang disiarkan MalaysiaGazette semalam.

BUTTERWORTH – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang ibu tunggal yang ditemui mati dipercayai dibunuh di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kedua-dua suspek berusia 40-an itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di kawasan sekitar daerah ini.

“Kedua-dua lelaki terbabit dikenal pasti sebagai kenalan mangsa dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan polis kini menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kepala Batas,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Azizee, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu tunggal maut dengan kesan kelar di leher

Mangsa dikelar pada bahagian leher oleh suspek dikenali – Pakar Patologi

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang wanita berusia 41 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini.

Mangsa berusia 41 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di salah sebuah bilik dengan kesan kelar pada leher.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan kelar pada leher mangsa yang dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam.

Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor, memaklumkan tiada kesan pergelutan ditemui pada tubuh mangsa, sekali gus menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya.

“Mangsa dipercayai diserang dari arah belakang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast