Pihak polis sedang menemu bual anak mangsa (baju hijau) di lokasi kejadian.

BUTTERWORTH – “Adik ipar saya seorang yang baik dan tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa,” kata abang ipar kepada wanita yang ditemui mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini, semalam.

Menurut lelaki itu yang enggan dikenali, keluarga mereka terkejut selepas dihubungi jiran mangsa, C. Kanagee yang dikenali sebagai Chitra, pada jam 1.30 tengah hari yang memaklumkan pintu rumah mangsa terbuka namun tiada sebarang respons.

Katanya, susulan itu isterinya meminta adik lelakinya pergi ke rumah mangsa bagi melihat keadaan sebenar.

“Jiran memaklumkan bahawa anaknya sepatutnya diambil oleh adik ipar saya selepas pulang dari sekolah, tetapi tidak diambil dan panggilan juga tidak dijawab.

Kami cuba menghubungi mangsa, namun tiada jawapan, lalu isteri saya meminta adiknya pergi ke rumah untuk memeriksa keadaannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambah lelaki itu, pada awalnya mereka menyangka mangsa hanya pengsan kerana sebelum ini pernah mengadu mengalami pening termasuk pengsan seorang diri di rumah.

“Kami ingatkan kejadian kali ini sama, tetapi rupa-rupanya perkara lain yang berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, panggilan terakhir mangsa adalah kepada ayahnya pada jam 9 pagi bagi bertanya menu makanan kerana kebiasaannya mangsa akan memasak dan menghantar makanan kepada bapanya yang tinggal di Bukit Mertajam.

“Itulah panggilan terakhir daripada dia kepada ahli keluarga terdekat,” katanya.

Abang ipar mangsa turut memaklumkan wanita berkenaan merupakan ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama anak lelakinya berusia 15 tahun, selepas bercerai dengan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN

Mangsa dikelar pada bahagian leher oleh suspek dikenali – Pakar Patologi

Ibu tunggal maut dengan kesan kelar di leher

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang wanita ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar pada lehernya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian.

“Ya, tunggu bedah siasat selesai,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast