Abdul Rani Kulup Abdullah
Abdul Rani Kulup Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kini ditidurkan di Zon Merah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) di sini sejak dua hari lalu.

Sebelum itu beliau disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.

Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital berkenaan sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi dan pemantauan lanjut.

Sebelum itu, dalam hantaran media sosial, Abdul Rani ada menyatakan dirinya kurang sihat sejak kebelakangan ini.

Abdul Rani yang juga bekas tentera itu dikenali sebagai Raja Report sebelum ini dikenali ramai kerana sering membuat kritikan dalam isu-isu semasa selain dilihat unik kerana cara berpakaiannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast