Kementerian Dalam Negeri.

KUALA LUMPUR – Orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India pada 7 dan 8 Februari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut.

Ia bagi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.

“Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh serta saling menghormati antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak polis juga akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, KDN melalui PDRM akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan tegas bagi menjamin keselamatan rakyat serta kestabilan negara. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast