KUANTAN – Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di kilometer 143 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Timbang MPOB, Rompin malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daeeah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada kira-kira pukul 11.20 malam.
Kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Vios yang berusia 26 tahun hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah Perodua Alza dan Proton Wira.
Nahas terjadi ketika pemandu Toyota Vios dalam erjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza bernama Abdul Rahman Yusoff, 60, parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.
Tiga lagi penumpang kereta Perodua Alza iaitu isteri, anak dan cucu mangsa turut cedera dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk diberi rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette
















