Peguam, Haniff Khatri Abdulla turut ditahan pihak polis pada himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 FEBRUARI 2026.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla turut ditahan pihak polis pada himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 FEBRUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata saman-saman bagi pihak individu yang ditahan susulan himpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), malam ini akan difailkan nanti.

Ini kerana beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendakwa, hak berpelembagaan rakyat telah dinafikan pihak berkuasa.

Zainul Rijal Abu Bakar

“Ramai yang ditahan malam ini termasuk sahabat saya Haniff Khatri. Tunggulah saman saman yang akan difailkan nanti.

“Hak berperlembagaan rakyat dinafikan pihak berkuasa!

“Insiden malam ini jelas menunjukkan kebobrokan pihak berkuasa dalam menghormati hak rakyat di sisi Perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan beberapa individu termasuk Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini.

Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dinasihati anggota polis supaya bersurai di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 FEBRUARI 2026.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Siapa akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di rumah ibadat haram? – Peguam

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.