Malaysia – Singapore Land Vaccinated Travel Lane (VTL) tickets
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki warga asing menyeludup masuk mata wang asing bernilai RM2.4 juta gagal apabila diberkas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA menerusi satu operasi pemeriksaan di balai ketibaan Balai Ketibaan Terminal 1 semalam.

Agensi itu berkata, tangkapan dibuat di antara 10.30 pagi hingga 1 petang sejurus lelaki itu tiba di lapangan terbang tersebut menerusi penerbangan Batik Air.

“Pemeriksaan melalui mesin pengimbas bagasi mendapati imej mencurigakan sebelum penumpang diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam. Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam bungkusan pakaian baharu,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pelbagai mata wang negara luar diletak dalam tiga beg bagasi berasingan.

“Turut dirampas dua unit telefon bimbit dan sebuah beg pouch,” tambahnya.

APKS berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 28, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta613).

Selain itu lelaki berkenaan ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegah Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“AKPS KLIA menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast