Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Seorang guru tuisyen ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari beranda sebuah kediaman di tingkat 17 sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.06 petang.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di kondominum berkenaan bersama keluarganya ditemui dalam keadaan terbaring sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi.

“Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah kecederaan pelbagai akibat jatuh dari tempat tinggi dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, Naazron turut menasihatkan orang ramai yang berdepan masalah peribadi atau tekanan emosi agar mendapatkan bantuan segera dengan menghubungi Talian Kasih 15999 atau berjumpa kaunselor bertauliah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan yang sewajarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast