Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah melaksanakan pemotongan atau pengurangan elaun termasuk Bayaran Insentif Wilayah (BIW) kepada pegawai perubatan.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 – Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bersetuju untuk menetapkan suatu kadar pegun bagi penerima BIW sedia ada.

Dalam yang sama, BIW pada kadar baharu diberikan pegawai baharu dan berkelayakan.

“Bagi penerima sedia ada, kadar tetap berdasarkan amaun terakhir BIW yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA. Bagi pegawai lantikan baharu atau pegawai baru berkelayakan, kadar tetap baharu adalah sebanyak RM270 hingga RM960 sebulan,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ni.

Kadar elaun BIW secara pegun baru diperkenalkan melalui SSPA pada 1 Disember 2024.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen yang mendakwa BIW dipotong. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast