Polis sedang membawa keluar mayat seorang lelaki dan perempuan ditemukan dalam keadaan mereput di kawasan perumahan di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Polis mengesahkan penemuan mayat lelaki dan perempuan yang sudah mereput di kawasan perumahan di Seksyen U13, Setia Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, tiada unsur-unsur jenayah dalam penemuan tersebut.

“Keadaan rumah yang disewa si mati perempuan masih teratur dan tiada unsur-unsur kejadian jenayah berlaku.

“Tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua si mati,” katanya menerusi satu kenyataan, tengah malam tadi.

Polis sedang membawa keluar mayat seorang lelaki dan perempuan ditemukan dalam keadaan mereput di kawasan perumahan di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, pada Ahad

Ramsay berkata, penemuan dua mayat itu dipercayai sepasang kekasih selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan ahli keluarga, salah seorang simati.

“Lelaki tersebut memaklumkan telah menjumpai mayat si mati bersama mayat lelaki di rumah sewa milik adiknya.

“Kedua-dua individu tersebut berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat kedua-duanya sudah mereput.

Selain itu, katanya, siasatan awal polis bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mendapati keadaan rumah tersebut bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

Katanya lagi, kedua-dua mayat tersebut dihantar ke Hospital Shah Alam di sini untuk tujuan bedah siasat.

“Setakat ini siasatan dibuka di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan kertas siasatan akan diambil alih oleh Ketua Polis Balai Seksyen 6.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast