Kementerian Sumber Manusia

KUALA LUMPUR – Dasar Gaji Progresif (DGP) telah menunjukkan kejayaannya dalam menangani isu gaji rendah dan ketidakseimbangan kos sara hidup rakyat.

Jelas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R.Ramanan, dasar tersebut telah berjaya meningkatkan gaji median atau kadar gaji pertengahan pekerja.

“Impak pelaksanaan dasar ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih kerana ia dirangka untuk menggalakkan pembayaran gaji berasaskan prestasi dan produktiviti melalui peningkatan kemahiran pekerja,” katanya Ketika Penggulungan Titah DiRaja di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, bagi pekerja peringkat permulaan iaitu yang bekerja dalam tempoh 12 bulan, gaji median meningkat sebanyak RM300 daripada RM1,900 kepada RM2,200 bersamaan kenaikan 16 peratus.

Manakala bagi pekerja bukan peringkat permulaan, iaitu yang bekerja melebihi 12 bulan, gaji median meningkat sebanyak RM238 daripada RM2,200 kepada RM2,438 bersaman kenaikan 11 peratus.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (Pakatan Harapan), berkenaan status terkini DGP.

DGP merupakan inisiatif reformasi pasaran buruh untuk meningkatkan gaji pekerja berkemahiran sederhana, pelengkap kepada gaji minimum, dan bukannya menggantikannya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast