KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang hilang sejak 30 Januari lalu ketika berada di Zon Kuning Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, lebih kurang jam 2.59 pagi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kehilangan Muhammad Saifuddin Jiket, 51, dilaporkan kira-kira jam 2.57 petang hari yang sama.

Lelaki itu mempunyai ketinggian 159 sentimeter dan berat antara 80 hingga 85 kilogram.
Kali terakhir dilihat, Muhammad Saifuddin memakai baju hospital berwarna biru muda atau baju-T putih yang tertulis ‘I Dont Need Excuse’.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002264 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MaaysiaGazette















