Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan terus mempergiatkan usaha dalam membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan ke atas kegiatan itu menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion
ringgit.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun mengakui pelbagai cabaran perlu dihadapi dalam usaha membendung kegiatan itu.

“Tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara.

“Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan melihat pembanterasan operator perjudian haram sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan hasil negara supaya usaha konsolidasi fiskal tidak bergantung kepada mengurangkan subsidi sahaja.

Mengulas lanjut, Anwar menambah, kerajaan juga memberikan tumpuan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan
undang-undang negara selain langkah penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perjudian haram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast