Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) tidak mengehadkan kedaulatan negara dalam menentukan hala tuju dasar dan kerjasama strategik program tenaga nuklear dengan mana-mana negara pembekal.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, secara dasarnya peruntukan itu tidak mengehadkan Malaysia daripada memperoleh atau membeli reaktor nuklear, bahan api nuklear atau bahan nuklear lain daripada negara-negara selain AS.

Tambah beliau yang Timbalan Perdana Menteri, ia sekiranya melibatkan tawaran dikemukakan negara-negara itu lebih kompetitif dari segi teknikal dan komersial berbanding tawaran oleh AS.

“Artikel ini juga tidak menyatakan sebarang halangan untuk Malaysia menjalinkan hubungan atau kerjasama dengan mana-mana negara lain dalam pelbagai aspek berkaitan tenaga nuklear termasuk latihan, penyelidikan, pembangunan keupayaan, keselamatan nuklear, radiasi dan lain-lain.

“Oleh yang demikian, ART tidak mengehadkan kedaulatan Malaysia dalam menentukan hala tuju dasar dan kerjasama strategik program tenaga nuklear dengan mana-mana negara pembekal teknologi nuklear termasuk Russia, China, Perancis dan Korea,” katanya melalui jawapan disiarkan di laman web Parlimen.

Dalam pada itu, Fadillah menegaskan kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan seimbang, berkecuali dan berasaskan kepentingan nasional dalam mempertimbangkan sebarang kerjasama dan pembangunan teknologi nuklear selaras dengan komitmen dan keperluan undang-undang antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast