Ruslin Jusoh

KUALA LUMPUR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyerahkan proses siasatan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan dua pegawai wanita agensi itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, AADK sama sekali tidak akan berkompromi mahu pun melindungi mana- mana pegawai atau kakitangan yang terlibat dalam salah laku dan pelanggaran integriti yang boleh menjejaskan reputasi agensi dan perkhidmatan awam.

“Mana-mana pegawai atau kakitangan yang terbukti terlibat akan diambil tindakan tegas berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada,” kata agensi itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 11 Februari lalu, media melaporkan SPRM Kedah mereman dua anggota AADK negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan menyelesaikan kes narkotik.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita berusia antara lingkungan 30 dan 40-an telah ditahan antara jam 2 hingga 5 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai kira-kira RM2,000 daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes positif dadah saringan ujian air kencing,” katanya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

SPRM reman dua anggota AADK disyaki minta rasuah RM2,000

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast