Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi berkata bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Pasukan itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dan sebaik selesai siasatan, hasilnya akan dibentangkan semula kepada Kabinet.















