Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menyantuni pengguna MRT pada Program Walkabout Langkah Selamat Santuni Komuniti Kajang di MRT Stadium Kajang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 14 FEBRUARI 2026

KAJANG – Cecair metadon yang diminum kanak-kanak 11 tahun yang maut dalam kejadian di Sungai Ramal, di sini Rabu lalu adalah milik bapa mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan perkara itu berkata, ubat berkenaan digunakan lelaki berkenaan bagi tujuan rawatan dan ia diperoleh daripada sumber yang sah.

“Berhubung kes kanak-kanak terminum metadon di Kajang, siasatan buat masa ini menunjukkan tiada unsur atau niat jahat dan lebih kepada kecuaian,” katanya pada sidang media Program Walkabout Langkah Selamat Santuni Komuniti Kajang, di Stesen MRT Stadium Kajang, hari ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kita tidak nampak unsur sengaja atau niat. Ia lebih kepada kecuaian ibu bapa yang membawa kepada pengabaian.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/02/11/beri-minum-cecair-berbahaya-wanita-ditahan-disyaki-sebabkan-kematian-anak/

https://malaysiagazette.com/2026/02/12/kes-maut-minum-cecair-berbahaya-kediaman-mangsa-sunyi-jiran-mengelak-ditemui/

Menurut beliau, kedua-dua adik mangsa kini masih dirawat di hospital dan menunjukkan perkembangan positif manakala ibu serta bapa mereka diberikan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

Susulan itu kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit direman polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast