KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri mahu Mohamed Ismi Abdul Majid yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad baharu meneruskan agenda pengukuhan keupayaan agensi itu.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut penting dalam memastikan kesejahteraan peserta terus diberi perhatian serta pembangunan luar bandar diperkasa secara mampan.

Beliau  yang merakamkan ucapan tahniah kepada Mohamed Ismi berkata, CEO FELCRA itu mempunyai pengalaman dan kepakarannya dalam bidang pengurusan organisasi serta perakaunan dan kewangan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, FELCRA mempunyai peranan penting dalam membina kekuatan ekonomi komuniti desa.

“Insya-Allah, dengan komitmen seluruh warga FELCRA serta kerjasama semua pihak, saya yakin organisasi ini akan terus bergerak lebih progresif dan kekal menjadi institusi yang membawa manfaat besar kepada warga peserta serta pembangunan luar bandar negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast