Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, usaha membawa pulang Norida bersama dua anaknya berjaya hasil kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia, khususnya jabatan imigresen negara berkenaan.















