Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Fisol Salleh pada sidang media berikutan Operasi Bersepadu E-Cig Mega di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 16 FEBRUARi 2026

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM8.8 juta nilai rokok elektronik dan cecair vape berjaya dirampas dalam Operasi Bersepadu Mega yang dilaksanakan serentak di 13 negeri pada 10 Februari lalu.

Pemangku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Fisol Salleh, berkata operasi berskala besar itu melibatkan 2,140 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Fisol Salleh pada sidang media berikutan Operasi Bersepadu E-Cig Mega di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 16 FEBRUARi 2026

Operasi turut melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Serbuan dibuat di Sabah (35), Johor (14), Pahang (8), Selangor (4), Negeri Sembilan (3), Kuala Lumpur (29), Kedah (13), Kelantan (7), Terengganu (4), Sarawak (21), Perak (8), Pulau Pinang (5), Melaka (3).

“Sebanyak 154 premis diperiksa hasil risikan bersepadu dan daripada jumlah itu 141 premis dikesan melakukan kesalahan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Fisol Salleh pada sidang media berikutan Operasi Bersepadu E-Cig Mega di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 16 FEBRUARi 2026

Jelasnya, sebanyak RM4.69 juta rampasan melibatkan cecair e-cigarette hampir sejuta liter dan RM4.11 juta membabitkan peranti vape, manakala selebihnya barangan lain.

Selain rampasan, pihaknya turut mengenakan RM330,200 kompaun terhadap pihak yang melakukan kesalahan.

“Dalam operasi sama, 181 individu diperiksa dan empat tangkapan dibuat termasuk satu kes menghalang penjawat awam di Johor serta dua kes membabitkan warga asing atas kesalahan tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa.

Pihak berkuasa turut mengesan sebahagian produk yang dirampas tidak berdaftar serta gagal membuktikan kemasukan secara sah ke negara ini.

Tegas beliau lagi, penjualan produk vape kepada individu bawah 18 tahun adalah dilarang mengikut peraturan KKM dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkat bagi mengekang akses dalam kalangan remaja.

“Kita akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi berkaitan bagi menangani lambakan produk vape khususnya dalam kalangan pelajar sekolah,” ujarnya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast