KUANTAN – Mayat dua kanak-kanak perempuan antara lima individu yang terlibat dalam kejadian bunuh awal pagi tadi di Lorong Cehrating Damai di sini hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, insiden kira-kira pukul 7 pagi tadi di membabitkan seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun.
Yahaya berkata, mayat pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 28 tahun bersama dengan anak mereka ditemukan di dalam bilik.
Manakala manakala mayat nenek kanak-kanak itu yang berusia 55 tahun dijumpai di ruang dapur berdasarkan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.
“Terdapat mangsa yang mempunyai kesan kelar. Kejadian disedari oleh adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah itu ketika kejadian sebelum bertindak meminta bantuan.
“Siasatan awal turut mendapati lelaki itu baru sebulan berpindah menetap di rumah keluarganya selepas berhenti kerja di Selangor dan baru seminggu memulakan kerja di Kuantan,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam insiden itu, lelaki berusia 32 tahun dipercayai mencederakan isteri, ibu berusia 55 tahun dan dua anak perempuan menggunakan senjata disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri.
Siasatan dan motif kejadian masih masih diteruskan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah dipercayai dibunuh
















