Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Polis Kajang sedang giat mengesan empat lelaki yang mencuri kabel berdekatan Pangsapuri D’Kayangan Setia Ecohill, Semenyih, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Polis Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 6.54 pagi.

“Kejadian melibatkan empat orang lelaki bangsa tidak pasti yang menggunakan sebuah kenderaan warna kelabu sedang memotong kabel yang disyaki milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum melarikan diri selepas ditegur oleh penduduk setempat,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 017 4661 757 bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga menasihatkan masyarakat untuk terus menghubungi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang ditalian 03 8911 4243 jika melihat atau mempunyai maklumat sebarang perbuatan jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast