BEIJING – Satu letupan berlaku di sebuah kedai bunga api di tengah China mengorbankan 12 orang pada Rabu, berlaku pada hari kedua cuti sempena perayaan Tahun Baharu China.

“Kebakaran itu meliputi kawasan kira-kira 50 meter persegi dan punca letupan masih dalam siasatan,” lapor stesen penyiar CCTV.

Kejadian ini berlaku selepas letupan berlaku di kedai bunga api di wilayah Jiangsu, timur China yang telah mengorbankan lapan orang dan mencederakan dua yang lain, pada hari Ahad.

Susulan kejadian itu, Kementerian Pengurusan Kecemasan menggesa syarikat-syarikat bunga api di seluruh negara supaya memperketat pengawasan dan menjalankan “pemeriksaan menyeluruh” terhadap risiko serta bahaya keselamatan.

Kementerian itu juga memberi amaran kepada orang awam supaya mengelakkan amalan tidak selamat seperti mencuba menyalakan bunga api atau merokok di luar kedai.

Kemalangan industri adalah perkara biasa di China berikutan piawaian keselamatan yang longgar.

Awal bulan ini, satu letupan di sebuah kilang bioteknologi di wilayah Shanxi, utara China, mengorbankan lapan orang.

Manakala pada akhir Januari, satu letupan di sebuah kilang keluli di Mongolia mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast