JOS PLATEAU – Sekurang-kurangnya 38 pelombong bijih plumbum maut dalam satu letupan gas pada hari Rabu.
Kejadian berlaku ketika mereka berada dalam lombong di negeri Plateau, tengah Nigeria.
Seramai 27 orang lagi cedera dalam letupan yang berlaku di tapak perlombongan Kampanin Zurak, di daerah Bashar, negeri Plateau, kata pemangku pemerintah tradisional kepada AFP.
“Benar, setakat ini 38 orang disahkan meninggal dunia dan kira-kira 27 yang lain telah dikejarkan ke hospital,” kata Alhaji Aliyu Adamu Idris kepada AFP.
Seorang pelombong di lombong berdekatan, Ibrahim Dattijo Sani, memberitahu, mangsa berada di dalam lombong bawah tanah ketika letupan berlaku antara jam 7.30 hingga 8 pagi (0630 hingga 0700 GMT).
“Kami berada berhampiran tapak kejadian, orang ramai berada di dalam lubang perlombongan dan tiba-tiba berlaku letupan gas,” katanya,
Negara Afrika Barat itu pernah menyaksikan beberapa kemalangan lombong maut sebelum ini.
Pada September lalu, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh di negeri Zamfara, barat laut Nigeria, selepas sebuah bongkah batu besar menghempap lombong haram ketika hujan lebat. – Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















