KUALA LUMPUR – Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menziarahi dua pensyarah UiTM yang terlibat dalam insiden pokok tumbang, di Persiaran Tun Arshad Ayub dekar Seksyen 7, di Shah Alam.
Keberangkatan tiba baginda yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) disambut oleh Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin dan Pengarah Hospital Shah Alam, Dr. Ruzita Othman.
Pada pertemuan ini, baginda berkenan bertanya khabar kepada kedua-dua mangsa yang juga pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, selain turut menyampaikan buah tangan, lapor Selangor Royal Press.
Baginda turut mendoakan agar kedua-kedua mangsa dipermudahkan urusan rawatan dan pulih seperti sediakala serta dapat kembali menjalankan tugas sebagai pensyarah di universiti berkenaan. – MalaysiaGazette
Pokok tumbang: Dua pensyarah UiTM kini dirawat di Zon Kritikal















