KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad telah dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, dekat Cheras di sini petang ini.
Jenazah Allahyarham dibawa oleh kenderaan milik Perbadanan Putrajaya yang tiba pukul 3.13 petang dan bergerak meninggalkan unit forensik berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang diiringi oleh seorang waris.
Terdahulu, dua individu dipercayai keluarga Allahyarham dilihat melakukan urusan dokumentasi di unit forensik itu.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandi, dikafan dan disolatkan Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya di presint yang sama.
MalaysiaGazette dimaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdul Hamid. – MalaysiaGazette
















