KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.
Berita kematian kematian beliau dikongsikan oleh pelbagai individu menerusi media sosial.
Ketika berita ini ditulis, jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Abdul Hamid dilahirkan pada 18 April 1942, merupakan bekas Ketua Hakim Negara Malaysia ke-12.
Berasal dari Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang, Abdul Hamid mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan St. Xavier‘s Institution.
Abdul Hamid memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 dan menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak.
Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 dan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian.
Abdul Hamid menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.
Abdul Hamid dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun. – MalaysiaGazette
















