GENTING HIGHLANDS — Musim perayaan tahun baharu menyaksikan Chinese New Year Bazar 2026 yang menghimpunkan inovasi kulinari, budaya global dan ekonomi kreatif dalam satu festival berskala besar yang memperkasa usahawan halal.
Ia adalah festival halal dan perayaan paling meriah di Madison Square, Resorts World Genting.
Ia diadakan sejak 13 Februari lalu dan berakhir 3 Mac ini dan dibuka sejak 12 tengahari sehingga 11 malam bagi memberi peluang kepada umat Islam berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Dianjurkan oleh Zada Event Management dengan kerjasama strategik Pasar Eatai dan CP Ventures, festival kali ini menjadi platform dinamik yang membuka ruang kepada vendor F&B, jenama gaya hidup dan pengusaha industri halal untuk memperluas jaringan pasaran, meningkatkan visibility jenama dan mempercepat pertumbuhan perniagaan dalam persekitaran pelancongan premium.
Festival ini direka sebagai growth platform untuk komuniti usahawan halal — ruang di mana inovasi, kreativiti dan peluang komersial bertemu dalam suasana berimpak tinggi.
“Dengan kehadiran pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa sepanjang musim Tahun Baru Cina, acara ini menjadi peluang strategik untuk memperkenalkan produk halal kepada pasaran global secara langsung,” katanya dalam kenyataan.

Chinese New Year Bazar 2026 menampilkan pengalaman gaya hidup halal yang moden dan inklusif — daripada street food trend global, dessert viral, konsep kulinari Muslim antarabangsa hingga pengalaman festival yang immersive dan instagrammable.
Setiap vendor bukan sekadar berniaga tetapi membina jenama, mencipta pengalaman pelanggan dan menjadi sebahagian daripada pergerakan ekonomi halal yang semakin berkembang.
Festival turut memposisikan halal sebagai lifestyle ecosystem melangkaui makanan — merangkumi budaya, nilai, komuniti dan pelancongan. Kolaborasi rentas industri bersama rakan strategik membuka ruang kepada model perniagaan baharu, perkongsian global dan pembangunan pasaran yang lebih progresif, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi halal serantau.
Dengan aliran pengunjung yang konsisten sepanjang tempoh acara khususnya pada musim cuti perayaan dan hujung minggu, festival turut memberi impak langsung kepada pertumbuhan vendor, pengembangan pasaran usahawan tempatan serta pengukuhan industri pelancongan berasaskan pengalaman.
“Pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan halal tempatan dan antarabangsa, vendor street food dan dessert trending, hiburan pentas, persembahan budaya, aktiviti keluarga serta dekorasi perayaan yang meriah — menjadikan festival ini bukan sekadar destinasi makan, tetapi pengalaman gaya hidup yang lengkap,” kata kenyataan yang sama.
Chinese New Year Bazar 2026 juga mencerminkan evolusi baharu industri halal — daripada perdagangan tradisional kepada ekonomi pengalaman yang berdaya saing, inovatif dan global.
Orang ramai dijemput hadir untuk menyokong usahawan halal, meneroka trend terkini dan menikmati suasana perayaan yang penuh energi bersama keluarga dan rakan. – MalaysiaGazette















