Asisten Komisioner Ashari Abu Samah

KUANTAN – Polis menafikan terdapat unsur buli hingga menyebabkan kematian seorang anggota tentera dari Kem Tentera Darat Malaysia (TDM) Kuantan, di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Ashari Abu Samah, pemeriksaan awal pihaknya mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) malam tadi kerana tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan sebelum disahkan telah meninggal dunia.

“Memang ibu mangsa ada buat laporan mendakwa anaknya dibuli. Namun, pegawai penyiasat telah jalankan siasatan awal dan mendapati tiada unsur buli,” katanya ketika dihubungi di sini.

Namun, Ashari berkata, siasatan masih dibuka sehingga proses bedah siasat selesai pagi ini untuk mendapatkan punca sebenar kematian.

“Buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” ujarnya.

Tangkap layar hantaran media sosial tular mendakwa seorang anggota tentera meninggal dunia kerana dibuli

Kematian anggota tentera itu tular di media sosial, mendakwa mangsa dipercayai dibuli dan dipukul menggunakan kayu dan besi di Kem TUDM Kuantan.

Suspek dikatakan seramai tujuh orang termasuk pegawai.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast