Steven Sim sedang dirawat di hospital.

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong kini dirawat di hospital.

Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

Dalam perkongsian ringkas tersebut, Steven memaklumkan beliau terpaksa mendapatkan rawatan selepas beberapa minggu berdepan jadual kerja yang padat.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada Chinese New Year (CNY) keempat.

“Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika. I’ll be back soon, stronger! Jalan teruih! Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” tulis beliau.

Walaupun tidak memperincikan tahap kesihatannya, kenyataan itu memberi gambaran bahawa keadaan beliau stabil dan sedang dalam pemantauan doktor.

Rata-rata warganet dan kenalan politik mendoakan agar beliau segera sembuh serta kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat.

Steven sebelum ini aktif menghadiri pelbagai program rasmi serta sesi libat urus bersama pemain industri dan koperasi di seluruh negara.

Difahamkan, beliau akan mengambil masa untuk berehat seperti yang dinasihatkan doktor sebelum kembali menyambung tugas rasminya. — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast