Gambar Maritim Malaysia

LANGKAWI – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu berakhir dengan penemuan mayatmangsa pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat mangsa lelaki berusia 49 tahun itu berjaya ditemui pasukan penyelamat di sekitar kawasan pencarian selepas operasimemasuki hari kedua.

“Mayat mangsa ditemui pada pukul 9.45 pagi. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis DirajaMalaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Ming Fei Lan, 49, dan berasal dari Shanghai, China dilaporkan hilang petang semalam oleh seorang kakitangan sebuah resort berhampiran selepas menghubungi talian kecemasan 999 pada pukul 7.35
malam.

Sebaik menerima maklumat berkenaan, pihak Agensi Penguatkuasaan MaritimMalaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan
operasi CARILAMAT pada pukul 9.30 malam dengan menggerakkan Bot PETIR 81 ke lokasi bagimelaksanakan pencarian awal.

“Operasi ditangguhkan pada hari pertama selepas pasukan penyelamat gagal menemui sebarang petunjuk akibat keadaan cuaca semakin gelap.

“Operasi disambung semula pada pukul 7.30 pagi tadi dengan sektor pencarian diperluaskan berdasarkan analisis arus dan unjuran hanyutan,” katanya lagi.

Berikutan penemuan tersebut, Operasi CARILAMAT secara rasmi ditamatkan pada pukul 11.30 pagi setelah semua aset dan anggota disahkan selamat serta tiada lagi keperluan
pencarian di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast