fb Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pengorbanan keluarga anggota tentera Truper K. Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lepas sebagai tidak terbalas.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata ibu kepada mendiang Indiran, S. Usha bersama keluarga sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang yang telah mengabdikan khidmat kepada negara.

Bapa Indiran, Lt Kol C. Kayamboo daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft B200T pada 2016.

“Pengorbanan sebuah keluarga yang menyerahkan bukan seorang tetapi dua insan tersayang kepada tanah air merupakan satu pengorbanan yang tidak akan dapat dibalas mahupun dibandingkan dengan apa jua cara sekalipun,” katanya.

Mohamed Khaled turut menzahirkan rasa sedih yang mendalam kepada keluarga mendiang dan memohon rakyat Malaysia agar terus mendoakan mereka supaya kekal cekal serta tabah menghadapi dugaan berat itu.

Pada 18 Feb lepas, Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja Kem Batu 10 Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

Semalam, Mohamed Khaled dilapor berkata tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera berkenaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast