SCHIPHOL – Dua pesawat milik KLM berlanggar pada pagi Sabtu di Lapangan Terbang Schiphol, menurut pihak berkuasa.
Bagaimanapun, semua penumpang dan kru di kedua-dua pesawat dilaporkan selamat dan tidak kecederaan dilaporkan.
Insiden itu berlaku apabila sebuah pesawat Boeing 737 yang dijadual berlepas ke Athens dalam keadaan pegun di atas landasan.
Manakala sebuah lagi pesawat baru sahaja mendarat dari Birmingham.
Punca kejadian yang membawa kepada perlanggaran tersebut masih dalam siasatan.
“Kami sedang menyiasat punca insiden ini bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas pesawat sebelum ia kembali beroperasi,” kata jurucakap KLM.
Pesawat yang tiba dari Birmingham mengalami kerosakan kecil dan telah dikeluarkan daripada perkhidmatan bagi tujuan pemeriksaan.
Manakala pesawat yang mengendalikan penerbangan ke Athens pula alami kerosakan kecil pada bahagian ekor, turut dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk pemeriksaan.
KLM menyifatkan kejadian itu sebagai “amat luar biasa” dan mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca insiden.
Kedua-dua pesawat akan dipindahkan ke hangar bagi pemeriksaan terperinci dan kerja-kerja pembaikan yang perlu sebelum kembali beroperasi.- Agensi
















