Isu kedudukan Ketua Pembangkang mencetuskan perbahasan hangat dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan sama ada Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima sebarang makluman rasmi mengenai siapa Ketua Pembangkang terkini serta kemampuan individu berkenaan melaksanakan tanggungjawabnya.















