LONDON – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menamatkan spekulasi mengenai masa depannya menerusi kenyataan terbaru apabila memilih untuk terus kekal di kelab Al-Nassr
Pemain kebangsaan Portugal berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak lanjutan dua tahun pada Jun lalu dengan kontraknya akan berakhir pada 2027 di bumi Arab itu.
Ronaldo yang sebelum ini dilaporkan mencari kelab baharu namun kembali turun memperkuatkan skuad Al-Nassr dengan meledak dua gol membantu pasukannya menewaskan Al-Hazem 4-0 dalam saingan Liga Pro Saudi.
Pemain antarabangsa Portugal itu kini sudah mengumpul 21 gol musim ini.
“Saya sangat gembira. Seperti yang saya katakan berkali-kali, saya sebahagian dari Arab Saudi.
“Ia adalah sebuah negara yang menerima saya, keluarga dan rakan-rakan saya. Saya gembira berada di sini dan mahu terus berada di sini,” katanya.
Pada Disember 2022, Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan Al Nassr sekaligus menjadi atlet termahal dunia ketika itu.
Diayang menjadi ejen bebas sejak kontraknya bersama Manchester United ditamatkan dikatakan menerima 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun di negara Timur Tengah itu.
Perjanjian itu dipercayai berlanjutan sehingga tujuh tahun di mana Ronaldo juga akan memainkan peranan sebagai duta sebaik dia bersara.
Ini bermakna Ronaldo akan menerima sehingga 1.2 bilion pound (RM5.28 bilion) sepanjang kontraknya itu. – Agensi
















