Polis telah menerima laporan ketiga kes kanak-kanak menjadi mangsa cabul membabitkan jurulatih wushu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mendakwa diraba seorang lelaki ketika sedang tidur di bilik rumah sewanya di Jalan Sentul, di sini, awal pagi pada 19 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pengurus di sebuah hotel pada jam 1.49 pagi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa telah diraba pada bahagian kemaluan oleh seorang lelaki warga India berusia 33 tahun yang turut menyewa di rumah sama.

“Semasa kejadian, mangsa sedang tidur di dalam biliknya sebelum menyedari suspek meraba kemaluannya.

“Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast