Bursa Malaysia Mengklasifikasikan Semula Segmen Pelabur bagi Memberikan Perincian Lebih Terperinci terhadap Data Penyertaan Dagangan
KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) akan menambah baik data segmen pelabur bagi menyediakan perincian yang lebih lengkap mengenai penyertaan dagangan di seluruh pasaran.
Penambahbaikan ini melibatkan pengasingan akaun penama yang dipegang oleh pelabur institusi dan runcit, sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penyertaan dagangan setiap segmen pelabur.
Selain itu, menurutnya, aliran pelaburan syarikat milik asing yang diperbadankan di Malaysia akan diklasifikasikan semula berdasarkan sumber dana pelaburan, dan bukannya pemilikan, bagi mencerminkan aktiviti pelaburan domestik dengan lebih tepat.
Kategori pelabur yang dikemas kini ini akan dipaparkan dalam pakej data Bursa Malaysia mulai 6 April 2026.
Selaras dengan amalan biasa bursa, perubahan yang akan dilaksanakan ini telah dimaklumkan kepada para pelanggan data Bursa Malaysia.
Katanya, inisiatif ini adalah sebagai respons terhadap peningkatan penggunaan struktur penama dan mencerminkan komitmen berterusan bursa untuk memastikan maklumat kekal relevan, telus serta mencerminkan corak dagangan dan dinamik pasaran semasa. – MalaysiaGazette
















